Tips Pakar SEO Malaysia: ‘Hidden’ Strategy Utk Dapat FREE Traffic Dari Google

Pakar SEO Malaysia

Pernah dengar SEO ataupun Search Engine Optimization? First time dengar? Hari ni kita kongsi ilmu Pakar SEO Malaysia.

Sebelum kita share ilmu dengan lebih perinci, terdapat beberapa statistik yang perlu anda ketahui.

  • 97.11% daripada rakyat Malaysia menggunakan Google sebagai search engine mereka.
  • 5 bilion searches dilakukan setiap hari. Di seluruh dunia.
  • 79% daripada pengguna search engine cuma klik organic search result
  • Leads dari Google organic result mempunyai closing rate sebanyak 14.6%.
  • Contact Us Now To Rank Your Website!

    Nombor-nombor to dasyat dari perspektif “Pakar SEO Malaysia”! Pendek kata, SEO adalah platform sales dan marketing terbaik, terutamanya jika anda seorang yang berbisnes dan bergantung pada online marketing sepenuhnya!

    So, apa definisi sebenar SEO?

    SEO (Search Engine Optimization) atau Pengoptimuman Enjin Carian adalah kaedah mengoptimumkan ciri-ciri web properties anda untuk mencapai ranking yang lebih tinggi dalam search engine.

    Dalam istilah layman.

    SEO = Mengoptimumkan laman web anda untuk rank di Google Page #1

    Isi Kandungan

    SEO vs PPC: Apa Beza Antara Dua Ni?
    Sejarah Search Engine (Infographic Inside)
    Bagaimana Search Engine Berfungsi (Versi 2018)
    Google’s Top 3 Search Ranking Factor
    Asas SEO: On Page SEO
    Asas SEO: Off Page SEO
    White Hat vs Black Hat: ‘Teknik’ Mana Anda Pilih?
    Reality Shows (Versi SEO Malaysia)
    Kenapa Search Results Penting Untuk Perniagaan Anda
    What’s Next? Actionable SEO

    SEO vs PPC: Apa Beza Antara Dua Ni?

    PENTING untuk anda tahu bahawa Search Engine Optimization dan Pay Per Click Adverstising adalah dua kaedah digital marketing yang berbeza. PPC sentiasa menpunyai icon “Ad”.

    Berikut adalah screenshot SEO vs PPC:

    SEO vs PPC

    Perjelasan SEO

    SEO (Search Engine Optimiztion) adalah proses meningkatkan reach website anda untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam search results yang biasanya kita rujuk sebagai Google.

    Dalam proses tersebut, pakar SEO akan menjalankan kajian kata kunci (keyword), teknikal SEO, pengoptimuman onpage dan offpage sebagai sebahagian daripada kempen SEO. SEO adalah kempen pemasaran jangka panjang yang memerlukan masa untuk mendapatkan hasilnya.

    Perjelasan Pay Per Click Advertising

    Pay Per Click Advertising (PPC), menurut maklumat dari Wikipedia, Pay Per Click juga dikenali sebagai Cost Per Click adalah model pengiklanan internet yang digunakan untuk menghalakan trafik internet ke laman-laman web yang lain, yang mana para pengiklan membayar para penerbit (biasanya pemilik website atau rangkaian websites) apabila iklan mereka diklik.

    Salah satu rangkaian Pay Per Click terbesar adalah Google Adwords. Sewaktu perlaksanaan kempen Pay Per Click, consultant PPC akan mengoptimumkan iklan supaya pengiklan akan dapat bilangan klik dan RKT tertinggi dengan anggaran kos paling rendah.

    Search Engine Optimization Pay Per Click Advertising
  • Memerlukan masa untuk mencapai kedudukan di #1 di Google
  • 79% daripada pengguna lebih suka carian organik
  • X Boleh testing keywords
  • X ada bayaran di atas setiap klik
  • Bayar Kepada Pakar SEO / SEO Agency
  • Kebiasaanya lebih murah untuk tempoh jangka masa panjang
  • Boleh melihat iklan serta merta setelah diluluskan
  • 30% daripada pengguna akan klik pada iklan
  • Boleh test pelbagai keywords dalam jangka masa yang pendek
  • Bayar untuk setiap klik
  • Bayar kepada network pengiklanan seperti Google Adwords dan Pakar PPC
  • Selalunya lebih mahal daripada SEO
  • Di atas adalah perbandingan ringkas untuk SEO vs PPC. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai kedua-dua kaedah pemasaran carian, teruskan bacaan anda mengenai catatan terperinci kami bagi SEO vs PPC – Which is better for your business.

    Sejarah Search Engine

    2018 dah masuk tahun yang semua orang gunakan Google, Facebook, Youtube, Twitter dan Instagram. Tapi, anda tahu atau masih ingat tak, yang Google tu bukanlah search engine yang pertama?

    Masih ingat mereka ini?

    Infoseek, AskJeeve, Yahoo, Alta Vista

    Infoseek, AskJeeve, Yahoo, Alta Vista

    Winston Churchill pernah berkata

    Winston Churchill

    “Study history, study history. In history lies all the secrets of statecraft.”

    Winston Churchill

    Dengan memahami sejarah dan evolusi search engine, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya dalam SEO.

    The History Of Search Engines

    Prasejarah Search Engine

    Seperti yang anda dapat lihat di dalam infografik, search engine bermula dalam bentuk yang serupa dengan direktori. Sama seperti yang biasa kita nampak di pusat-pusat membeli belah.

    Pengolahan Enjin Carian

    Bila teknologi semakin advance, ia mula digunakan untuk Carian Dalam Bahasa Difahami Manusia / Natural Language (Carian dilakukan di dalam bahasa yang digunakan setiap hari seperti Bahasa Inggeris).

    Search Engine Algorithm Updates

    Bila pengaruh penggunaan search engine bertambah, syarikat-syarikat search engine mula meningkatkan dan menambahbaik algoritma search engine untuk memberikan search results yang paling relevan dan tepat kepada pengguna.

    Search Engine Dalam Tahun 2018 Dan Akan Datang

    Evolusi algoritma search engine masih berterusan. Sebenarnya, pada tahun 2015, Google telah mengumumkan RankBrain. Mesin Berkepintaran Artifisial (AI) yang akan membantu membentuk faktor kedudukan Google Search.

    Bagaimana Search Engine Berfungsi (Versi 2018)

    Step 1: Crawling

    Semuanya bermula dengan labah-labah. Ya labah-labah! Eh! Bukan Spiderman dalam filem tu. Tapi sejenis BOT AUTOMATIK yang melayari dalam jaringan web di seluruh dunia untuk mendapatkan semua maklumat yang ia mampu kumpulkan dari setiap website.

    Pakar SEO Malaysia: Metafora LRT

    Gambarkan Web Dunia seperti rangkaian LRT dan MRT kat Malaysia ni. Jadi, setiap laman web akan menjadi seperti sebuah stesen. Web crawlers akan berpindah dari satu laman web ke laman web yang lain melalui jalur pautan web seperti ini).

    Malaysia LRT Network

    Apabila web crawlers ni tiba di satu laman web, ia akan kumpulkan maklumat seperti tajuk laman web, maklumat meta, kata kunci (keywords) dan sebagainya. Semua data yang terkumpul akan dihantar ke search engine database.

    Bagaimanakah rupa Google Spider di real life?

    Google Spider

    Step 2: Indexing

    Indexing adalah proses di mana search engine menyimpan data terkumpul di pangkalan data yang sangat besar.

    Bayangkan search engine seperti Google dan Bing sebagai satu perpustakaan yang besar. Website itu ibarat buku manakala web pages adalah seperti helaian muka surat di dalam buku. Apabila Google web crawlers melayari ke satu satu website yang baru, ia akan menyimpan butiran website ke Sistem Pelayan Google (Google Server). Dari masa ke semasa, Google web crawlers akan kembali kepada website dan memeriksa samada terdapat sebarang pengemaskinian atau website baru yang telah ditambah, sekaligus membuat indexing untuk maklumat tersebut.

    Google Server Farm

    # Gambar Google Server

    Step 3: Return Search Result

    Sebelum wujudnya Internet, kita hanya gunakan perpustakaan sebagai tempat untuk kita dapatkan maklumat dan apa aje info dan lain-lain. Kini, penggunaan yang sama bagi search engines. Nilai dasar search engines adalah untuk mengembalikan search results yang paling relevan berdasarkan apa yang dicari.

    Di sinilah Google atau Bing, atau Baidu akan menyemak petabytes of data untuk mencari website yang paling sesuai dan mengembalikannya sebagai search results kepada kita.

    Soalan CEPUMAS!!!

    Bagaimanakah Search Engine Menentukan Website Mana Yang Akan Dipaparkan?

    The Wild Wild West!

    Masih ingat macam mana internet pada tahun 90-an dan awal tahun 2000? Ini adalah zaman Wild Wild West search engines! Pada waktu itu, memang senang sangat nak manipulasi search engines seperti Google dan sebagainya. Seni manipulasi ini dipanggil “Keyword Stuffing”. Seorang webmaster atau pakar seo hanya perlu mengisi webpage dengan keyword yang diingini. And boom! Website yang di cari akan muncul antara yang teratas dalam search results.

    keyword stuffing

    # Contoh Keyword Stuffing

    Kemudian, Google dan syarikat-syarikat bersekutu dengannya mula mengetatkan persyaratan. Search engine providers mengetengahkan search algorithm updates untuk menghalang manipulasi terhadap search engines. Ketika itulah konsep-konsep seperti “keyword density” dan “human readability” diperkenalkan. Dengan pelaksanaan algoritma baru, banyak laman web berunsur spam telah hilang.

    Setelah itu, syarikat search engines memutuskan bahawa penting untuk ada backlinks dan menggunakannya sebagai isyarat untuk menentukan search results. Oleh itu, webmasters mula mewujudkan back links ke website mereka. Ini juga telah menyebabkan Google, Yahoo dan Microsoft bertindak melawan spam link.

    FAKTA: Search engines sentiasa bereksperimen dan mengenalkan new ranking factor untuk memberikan search results yang terbaik.

    Oleh itu, adalah penting bagi seo specialist malaysia ataupun pakar seo malaysia yang offer servis seo untuk sentiasa update ilmu seo supaya tidak ketinggalan.

    Jadi apakah The Major Search Engine Ranking Factor dalam tahun 2018 ni?

    Google’s Top 3 Search Ranking Factor

    #1 Content
    #2 Links
    #3 RankBrain

    Google Top 3 Ranking Factors
    # Google’s Top 3 Ranking Factors dilaporkan oleh Search Engine Land

    Adakah ini bermaksud jika anda mempunyai kandungan yang hebat, beberapa pautan balik dan mengikuti panduan RankBrain, laman web anda akan berada di kedudukan teratas dalam google search?

    Nanti dulu!

    Jim Rohn pernah berkata

    Jim Rohn

    “Success is neither magical or mysterious. Success is the natural consequence of consistently applying the basic fundamental.”

    Jim Rohn

    Untuk lebih dikenali di kalangan ramai pesaing yang lain, anda harus bermula dengan menggunakan asas-asas SEO.

    Asas SEO #1: On Page SEO

    Onpage SEO adalah amalan mengoptimumkan website anda dari segi struktur pengekodan dan faktor mesra pengguna supaya anda boleh berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam search results. Pendek kata, Onpage SEO bermakna anda harus memperbetulkan kekurangan SEO yang terdapat di website anda. Walau bagaimanapun, ada banyak faktor yang akan menjejaskan kedudukan atau ranking sedia ada. Jadi, apa ranking factors yang penting?

    Onpage SEO Ranking Factors

  • URL mesra SEO
  • Keywords dalam tajuk
  • Guna “h1” tag dalam tajuk
  • Guna “h2” dalam sub-tajuk
  • Guna gambar dengan alt tag
  • Speed website yang pantas
  • Mobile friendly
  • Guna meta title and description
  • Content berkualiti
  • Guna LSI Keywords
  • Tambah share buttons
  • Guna inbound links
  • Guna outbound links
  • Ia adalah beberapa Onpage SEO ranking factors yang penting. Ini bermakna, jika anda dapat menerapkan semua faktor di website anda, anda jauh lebih baik daripada para pesaing-pesaing anda.

    Susah nak faham? Bacalah artikel Onpage SEO for WordPress – Complete Guide
    Masih tak faham? Kilk sini untuk mengetahui lebih lanjut.

    Asas SEO #2: Off Page SEO

    Off Page SEO atau Off site SEO adalah aktiviti yang diambil kira di luar website anda untuk menentukan ranking yang lebih tinggi dalam Search Engine Results Page (SERP).

    Mengoptimumkan offpage SEO factors adalah proses meningkatkan persepsi search engine (Google) dan para pengguna ke website anda.

    Kepopularan (Popularity)
    Kepercayaan (Trustworthiness)
    Ketepatan Kaitan (Relevancy)
    Hak Kuasa (Authority)

    Dengan ada kesemua empat perkara diatas, lebih tinggi peluang website anda untuk berada di top ranking.
    Pendek kata, semakin popular, dipercayai, relevan dan berwibawa website anda, semakin tinggi kedudukan kat search result.

    Subjek terpenting dalam off page SEO adalah pembinaan pautan / link building.

    Pembinaan pautan adalah proses mendapatkan pautan ke website anda. Bilamana pautan ke website anda semakin meningkat, Google akan melihatnya sebagai isyarat bahawa website lain memberi “perakuan” untuk website anda. Ianya mengukuhkan empat aspek diatas iaitu populariti, kepercayaan, ketepatan kaitan dan hak kuasa.

    Offpage SEO Malaysia
    Menurut SEO Moz, terdapat 3 jenis backlinks.

    • Natural Links
    • Manual built links
    • Self created links

    Backlinks Type - SEO Malaysia
    Secara amnya, anda harus dapatkan seberapa banyak pautan balik yang boleh, tetapi anda juga perlu tahu bahawa pautan balik mempunyai nilai yang berbeza.

    Beberapa faktor yang menjejaskan mutu pautan balik anda adalah

  • Authority atau domain rating website yang memberi backlink
  • Do follow / no follow link
  • Anchor text di link
  • Relevancy website yang memberi backlink dengan topik website anda
  • Trustworthiness dan popularity website yang memberi backlinks
  • Untuk menjelaskan di dalam konteks SEO Malaysia, pautan dari The Star Online dinilai lebih tinggi berbanding website blogspot.

    White Hat vs Black Hat: ‘Teknik’ Mana Anda Pilih?

    Sekarang anda dah faham apakah asas-asas SEO dan dah tidak sabar nak dapatkan kedudukan di Laman #1 Google untuk website anda. Nanti dulu. Baca lagi sebelum bermula.

    Sekiranya anda secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan teknik SEO Black Hat ke website anda untuk memanipulasi search engine, anda mungkin akan dikenakan penalti!

    Penalti Teknik Black Hat SEO?

    Temporary Rank Change

    Google ada audit team untuk menyemak dan mengeluarkan website anda dari kedudukannya dalam search results secara manual, yang mereka anggap telah melakukan penipuan.

    Rank Demotion

    Ini adalah penalti oleh Google yang paling lazim, di mana bot Google telah mengesan aktiviti manipulasi atau penipuan dan memutuskan untuk meletakkan website anda berdasarkan algoritma search engine mereka.

    Ban

    Inilah "hukuman mati" dalam seach engine optimization. Sebaik sahaja website anda disekat, anda tidak akan melihat website anda disenaraikan lagi di dalam Google search results.

    Penalti Google In Action: 3 Yang Malang

    JC Penny

    JC Penny

    Pada tahun 2011, JC Penny telah cuba memanipulasi search engine Google dengan menggunakan teknik Black Hat SEO untuk meningkatkan jualan akhir tahun mereka. Agensi SEO yang bekerjasama dengan mereka telah membeli pautan balik berbayar dalam jumlah yang banyak.

    Penalti: Penurunan ranking selama 2 bulan dan dianggarkan telah kehilangan trafik sebanyak 12.33 juta.

    BMW

    BMW

    Pada tahun 2006, BMW telah menggunakan teknik manipulasi Black Hat yang klasik untuk menarik trafik internet ke website mereka. Mereka telah mencipta sebuah page, menyembunyikan URL-nya dan mengalihkan trafik ke website utama mereka.

    Penalti: Google menyekat website mereka. BMW tak ada pilihan selain daripada menutup website tersebut.

    Google Chrome

    Google Chrome

    Google sangat adil apabila mereka mengenakan penalti sehhinga mereka sanggup denda produk mereka sendiri. Google Chrome didapati bersalah kerana membeli pautan balik.

    Penalti: Penurunan kedudukan selama 2 bulan untuk produk mereka sendiri.

    Berikut adalah senarai aktiviti SEO yang dianggap sebagai Teknik Black Hat SEO:

    Isi kandungan dihasilkan software

    Jangan gunakan software untuk menghasilkan isi kandungan untuk laman web anda kerana kemungkinan besar ianya tidak boleh dibaca oleh manusia.

    Keyword stuffing

    Jangan sumbatkan keyword ke dalam isi kandungan laman web anda untuk tujuan SEO.

    Doorway page

    Jangan cipta laman gerbang untuk memanipulasi search engine dan mengalihkan trafik ke laman jualan anda.

    Teks dan link yang disembunyikan

    Pastikan apa yang ada di laman web anda adalah apa yang anda ingin pengguna laman web anda lihat.

    Scrapping

    Menyalin isi kandungan laman web orang lain akan membuatkan anda menghadapi masalah hak cipta. Pastikan isi kandungan laman web anda lulus ujian Copyscape.

    Skim bina link

    Berhati-hati dengan teknik-teknik membina link melalui perisian automatik.

    Promosi link unnatural

    Jauhi dari penjanaan link dan jualbeli link, terutamanya jika backlinks tersebut tidak berkaitan dengan isi kandungan/topik laman web anda.

    Reality Shows (Versi SEO Malaysia)

    Pernah layan atau tengok reality shows kat TV tak? The Voice, Malaysia’s Got Talent? Malaysian Idol? Pernah tak??

    Semua penyanyi dalam rancangan tu aim untuk dapat hadiah utama – Juara. Dalam usaha mereka tu, ada DUA perkara penting yang perlu mereka buat.

    Singing Competition

    Task 1: Berlatih untuk menjadi penyanyi yang lebih baik
    Task 2: Membuat persembahan terbaik untuk mendapatkan undian yang paling banyak

    Jika mereka melakukan kedua-duanya dengan cemerlang, mereka akan menjadi pemenang. Macam senang!

    SEO hampir serupa dengan rancangan realiti yang ada kat tv sekarang. Sebagai seorang pemilik website, anda ingin menaikkan SEO website anda (berlatih menjadi penghibur/presenter yang lebih baik). Dan lepas dah buat semua tu, anda akan berusaha untuk meningkatkan offpage SEO untuk website anda (mendapatkan undian paling banyak). Setelah anda usahakan kedua-duanya, website anda akan berada di ranking NOMBOR SATU di Google.

    Berikut adalah perbandingan ringkas

    On Page SEO Qualiti Penyanyi
    Keywords dalam tajuk
    H1 dan h2 tag
    Gambar dengan alt tag
    Speed website
    LSI Keywords
    Isi kandungan Berkualiti
    Mobile Friendly
    Suara Yang Bagus
    Vokal Yang Baik
    Teknik Menyanyi Yang Baik
    Kemahiran Menari
    Penampilan
    Off Page SEO Outreach Penyanyi
    Pembinaan links
    Isyarat Sosial
    Influencer Outreach
    Undian SMS
    Undian Penonton
    Undian Para Hakim
    Popularity

    Nampak tak persamaan ni? Saya harap metafora ini dapat memberikan gambaran yang lebih baik mengenai search engine optimization untuk website anda.

    Kenapa Search Engine Results Penting Untuk Perniagaan Anda?

    Perasan tak sekarang ni semua orang hanya Google aje untuk dapatkan apa yang mereka cari. Dari resepi makanan, servis dan produk, location tempat, hinggalah ke gossip retiss pon boleh google je! Type je apa-apa yang nak dicari, memang confirm dapat apa yang kita mahukan. Tak percaya? Cuba tengok history google search. Banyak kan? Hehehe.

    Fakta Penting

  • 21.93 millions pengguna internet di Malaysia.
  • 97.11% daripada rakyat Malaysia menggunakan Google sebagai search engine mereka.
  • 5 bilion searches dilakukan setiap hari. Di seluruh dunia.
  • 79% daripada pengguna search engine cuma klik organic search result
  • Leads dari Google organic result mempunyai closing rate sebanyak 14.6%.
  • Mari kita mula dengan industri muslimah. Nampak x ada 12,100 searchs setiap bulan utk keyword “tudung”?

    SEO Malaysia - Muslimah Keywords

    Bagaimana pula dgn “food delivery”? Anda dah miss peluang ni?

    SEO Malaysia - Food Delivery Keywords

    Bisnes service pun boleh buat SEO, nampak tak 390 targeted location search untuk “pest control kl”?

    SEO Malaysia - Pest Control Keywords

    Ya, orang Malaysian memang kepo. (Sebab kita sayangi Malaysia)

    Jho Low

    #DISCLAIMER – All Search Volume is based on Malaysia as target country.

    Kami tak kata SEO ini sesuai untuk setiap bisnes. Tetapi jika anda melihat pesaing anda di Google atau Iklan Google, rasanya anda dah tahu jawapannya, kan?

    What’s Next? Actionable SEO Plan!

    Sekarang anda dah faham dengan jelas tentang SEO, maka kami syorkan anda melakukan perkara-perkara berikut.

    Anda masih newbie dalam dunia SEO.

    Mulakan dengan

    • keyword research
    • competition analysis

    untuk mengetahui apakah kata kunci-kata kunci yang perlu anda gunakan untuk kedudukan dalam search results yang boleh menampakkan kewujudan bisnes anda.
    Kemudian, baru anda perbaiki website anda untuk setting semula isu –isu Onpage SEO. Akhir sekali, kemas kini Offpage SEO anda.
    Ikut 8 Step Action Plan sebagai blueprint SEO anda.

    Anda dah apply semua teknik SEO tetapi tidak melihat sebarang kesan

    SEO memerlukan waktu. Oleh itu, lakukan penilaian untuk setiap progress sebelum anda membuat sebarang kesimpulan.
    Semak semula apa yang telah anda pelajari dan bandingkan dengan kerja-kerja SEO semasa anda.
    Lihat jika ada apa-apa lagi yang boleh ditambak baik.

    Pastikan anda tidak menggunakan teknik Black Hat SEO.

    MAKLUMKAN SEGERA jika anda perlukan bantuan!

    Anda mempunyai ranking & traffic SEO yang baik

    Tahniah! Kami tumpang happy kerana anda telah bekerja keras dan sedang enjoy setiap rewards.
    Sila audit website anda dan perbetulkan apa yang perlu. Ia mungkin membantu menaikkan lagi ranking anda.
    Dan ingat, SEO adalah sejenis kempen pemasaran yang beterusan. Oleh itu, teruskan usaha anda yang telah anda lakukan dengan baik!
    Kalau ada peluang, join kelas SEO untuk dapat ilmu latest!

    Sekarang Giliran Anda

    Phew! Kami usaha keras untuk hasilkan guide ni. Harap ia dapat bantu anda.

    Sekarang kita nak tau pulak apa yang anda fikir.

    Apakah Tips SEO #1 yang anda akan implement?
    Adakah guide ini membantu anda ututk faham SEO?

    Kalau anda rasa guide ni berguna, SHARE je lah…
    Kalau anda ada comment atau soalan, just comment kat bawah. SEKARANG!

    Whatsapp Us